Friday, May 27, 2011

Tiram-isu


Rajin2 anggota tangan dan kaki buat tiramisu..senang ajer..paling mesra alam ngan I..takya nak gedik2 dengan minyak..or tumbuk cili sampai masuk mata..or kupas bawang sampai boleh buat drama..hahaha. Mula2 g kedai kek or gi jer hypermarket then,anda2 sekalian pegi cari bahan-bahan kat bawah nie.




Sebelah atas kanan sekali tu lady fingers, berapa banyak korang nak pakai terpulang pada saiz bekas masing-masing..I guna 3 bungkus lebih kurang dalam 25 keping. I tin susu cair, 200ml whipped cream, 250g cream cheese (pukul dengan mixer sikit bagi lembut so senang nak sapu atas lady finger tu nanti), 2 sudu nescafe or indocafe (larutkan dalam 1 cawan air panas), buah2an ikut suka hati masing-masing..



Mula mula kan..letak air kopi tadi dalam bekas, pastu campurkan 1 tin susu cair tadi..kacau rata jap..rendamkan lady finger tu..agak2 lembut..pastu angkat dan susunkan dalam bekas kaca tu..buat sampai satu layer.


Lepas tu anda2 sekalian, sapukan atas tu dengan cream cheese yang dah dipukul tadi..ratakan tapi jangan guna semua pulak..sebab nanti nak buat satu layer lagi..lepas satu cream cheese tadi, buat lagi satu lapis ladyfinger macam yang first layer tadi..dah siap layer kedua, sapukan cream cheese tadi

Lepas tu whipped cream tadi (pastikan sejuk) so bila nak guna baru keluarkan dari peti ais..korang pukul whipped cream tu sampai dia likat dan pekat..pastu tuangkan atas layer tadi.

Lepas tu amik tapisan kecik, letak sikit serbuk koko and kayu manis, sprinkle kan atas whipped cream tadi..nie optional kalau takde serbuk kayu manis pun takpe.

Last sekali, anda susun la buah-buahan atas tu..tapi takleh makan lagiiiii..tungguuuu..simpan dalam peti sejuk selama 4 jam baru boleh mencekik..hahaha..senang tak?..senang and sedapppp

Wednesday, May 25, 2011

Memoir K.M.N.S



10.5.2010. Ok sila cari calendar lama anda dan tandakan tarikh tersebut pastu fikir hadiah apa nak bagi kat I. Isshh tipu jelah, ni tarikh I masuk matrix la. Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan. I miss doe tempat tue! Mula-mula I memang berat hati nak g, yelah I mana pernah duduk jauh dengan family. Paling jauh pun g rumah mak cik jer pastu menggelupur nak balik..haha. Sesi pendaftaran I pukul 10. Pagi-pagi mak, pak antaq. Orang lain bawak satu beg I bawak sampai 3 beg. Mak kata I nak tinggal sana terus.hahahaha. Settle pendaftaran semua, mak, pak ajak g makan kat kafe. Habis makan I buat sesi drama nangis2 air jap then my parents went home. Huahuahuahua.

First day, orientation. I benci! Sumpah penat! Habis lambat dalam kul 11 malam macam tue then bangun pagi pukul 4. Memang berpinar2 bijik mata I. Dahla I anti bangun pagi(tapi sembahyang subuh I bangun ookkeeyy). Hahaha. I rase lonely gler oohh. Orang lain ader member satu kampong tapi I sorang2 L. So macam biasela ader sesi suai kenal, then kenal ngan budak praktikum and yada yada.( sori I ringkaskan cite, orientasi pade I memang membosankan.haha)

First day 17.5.2010. First time jejak kaki kiri dan kanan kat dewan kuliah, g bilik tutor then mengagau cari makmal. So macam tulah first day I sebagai student KMNS

First sem. Duration about 6 months. Sem 1 memang best. Yelah orang peghak first time duduk asrama. Wahwahwah. Aras mates I memang best. Semua perangai gler2. Study pun ok jer. Tapi masa ini I tak rapat sangat ngan budak praktikum. Ambil masa sikit nak suaikan diri ngan semua orang ( geddiikksss).

Second sem. Duration about 6 months. Sem 2, I tunjuk belang macam pelangi. Hahaha. Memang best doe! I masuk macam2 aktiviti. Then I rapat ngan budak praktikum. G outing same2 makan cendol kat stesen bas Pilah, buat sketch same2. Wahwahwah. Memang mengancam kau. Hahaha. Sem 2 ni otak macam boddoooss sikit so selalu jer kene marking ngan lecturer esp Mr mark-ing.

20.4.2011. TAMAT. Habis suddaahhh matrix. Wawawa. Habis jer paper chemistry kitaorang lalak depan DSG. Sedddiiihh la mak limah!!!

Banyak experience yang I kutip macam kutip duit..so valuable.. Hahaha. So, bler dah masuk matrik baru I tau matrik memang best and I started to miss all of them. Walaupun orang kata matrik tu susah, tapi kita kena yakin dengan diri sendiri..belajar tak ada yang senang..cuma kita perlu belajar dengan sabar..

Till then , toodles.

Monday, May 23, 2011

Tuesday with Morrie



Tajuk : Selasa Bersama Professor Morrie
Penulis : Mitch Albon.

Sinopsis - cover belakang

Bagi kita, mungkin datuk, guru ataupun rakat sejawat adalah seseorang yang lebih tua, sabar dan bijak, yang memahami kita sebagai orang muda yang masih tercari-cari mengenai hidup, membantu kita melihat dunia sebagai tempat yang lebih indah serta memberitahu kita cara yang terbaik untuk mengharunginya.

Bagi Mitch Albom, orang itu adalah Morrie Schwartz, sang guru tua yang pernah menjadi profesornya hampir dua puluh tahun yang lampau.

Namun, kesempatan kedua bagi bertemu sang guru ini berlaku pada bulan-bulan terakhir hidup profesor tua itu. Keakraban yang segera hidup kembali di antara sang guru dan murid itu sekaligus menjadi sebuah 'kuliah' bagi menghasilkan sebuah 'tesis terakhir' tentang cara menjalani hidup.


Dalam buku ini terdapat pengajaran/kuliah diantara penulis dengan professornya tentang kehidupan, kematian dan keluarga. Saya suka apabila Prof. Morrie menyentuh tentang soal budaya. Petikan kata-kata morrie dari dalam buku tersebut :

"Beginilah saya maksudkan membentuk budaya kecil kita sendiri" kata Morrie. Bukan maksud saya kita menidakkan setiap peraturan masyarakat. Sebagai contoh saya tidak berbogel di hadapan khalayak ramai ataupun sewenang-wenangnya melanggar lampu isyarat. Perkara-perkara itu seperti itu saya boleh patuhi. Tetapi perkara-perkara besar seperti cara kita berfikir, apa penilaian kita, itu kita mesti pilih sendiri. Kita tidak boleh mengharapkan orang lain ataupun masyarakat menentukan untuk kita.

"Ambil contoh keadaan saya. Perkara-perkara yang sepatutnya mengaibkan saya sekarang, seperti tidak mampu berjalan, tidak mampu mencuci punggung sendiri, kadang-kadang hendak menangis rasanya apabila bangun pagi, sebenarnya tidak ada apa-apa yang memalukan dan mengaibkan mengenainya.

"Samalah seperti perempuan yang tidak memiliki tubuh yang kurus ataupun orang yang tidak ada banyak mempunyai banyak wang. Itu sebenarnya apa yang budaya kita mahukan kita percaya. Saya tidak percaya semuanya itu.


Buku yang dicetak oleh PTS ini dijual dengan harga RM16.90 sahaja. Harga yang sangat berbaloi dengan bermacam-macam perkara yang diboleh pelajari.

till then, toodles..biar kita miskin harta, jangan kita miskin ilmu..

Bad hair Day

Macam gelabah ayam jer hari nie...hampeh...aku tak tau la pulak bus rapid dah tukar daripada sekeping tiket kertas kepada kad keras colour merah (nak mesra alam kan) Stock2 nak tampaq muka sendiri sebab tak amik tau pasal hal2 semasa.(hahhahah)Yelah, aku kan duduk pilah mane nak tau benda ni. (bajetttt jer padahal setahun je pon). Pagi tu memang memisat-misat aku bangun sebab nak temankan cousin aku antaq adik2 dia g airport. Pukul 4 pagi siut aku bangun. Rekod paling terawal dalam sejarah bangun tido aku. *wink wink*. Oh, malam tu aku g tgk pirate of the carribean 3, memang best!!. Tak rugila mata dengan duit aku. muaahahaha.

Lepas antaq jerrr cousin aku, kitaorang gerak g rumah u***. Lelapkan mata jap, bersuka ria dengan ipad baru dia, agak-agak keadaan dah stabil aku pun gerak dengan cousin aku. Dier antaq aku kat bus stop ss2.


Sampai ajer kat bus stop ..Haa..disinilah babak aku berchenta ngan rapid nie..I was caught by suprise!..mana lah aku tau kalau nak naik bas kena guna prepaid kad..takde tiket2 dah..dowhhh..sib baik dalam purse aku ada duit lebih sikit..tak pasal2 kena beli prepaid kad minumum RM5..tak puas hati lah aku sebab :

@ aku bukan naik bas selalu

@ pastu bila aku kasi RM5 dengan denominasi RM1 sebanyak 5 keping, boleh pulak dia reject..nak sekeping note RM5..aku pun apa lagi..%^&8%$#@)(*&^!!!!!!. Siap suruh aku cari sapa ada note RM5..aku pun &*()^%$^)))!!!!..tuttttt.. sib baik ada kakak belakang tu kasi tukar ngan aku..abis satu bas tu semua pun senyum2 tengok aku hangin kat situ..sebab masa tu aku tengah mengantuk sangat and otak pikir nak cepat balik tido..

@ pastu kena kasi IC pulak..yerrrrr...nak beli prepaid kad untuk naik bas pun kena bagi IC..pastu boleh tanya aku "IC malaysia ker IC Indon"...eeeeewwwww hangin tak korang kalau kena camni..rasa nak melahar jer aku ngan orang rapid tu...sib baik aku sabar.

Pada aku sistem tu bagus tapi biarlah jangan MENYUSAHKAN....NOT the ticketing system yang PERLU di beri keutamaan untuk UPGRADE sistem bas tu TAPI KETEPATAN DAN KEKERAPAN pengangkutan awam itu sendiri.Aku nak suggest, dorang pegi lah kat negara jiran kat sebelah selatan tu..sana public transport dorang sangat efficient..tip top..tak salah kalau kita jadikan contoh..haishhh..

For further info, korang leh check kat bawah nie, btw kat buletin tu cakap boleh pakai untuk lrt sekali kan kad tu, aku try guna tak boleh..hampehh..


till then, adieu!

Sunday, May 22, 2011

Isabella




Novel yang mengisahkan tentang kisah besar seorang gadis bernama Isabella di Cordoba, Sepanyol. Novel asal ditulis oleh Maulana Muhammad Saaed Dehlvi didalam bahasa urdu dan telah diterjemah didalam bahasa inggeris oleh oleh Rahmn Ali Al-hashimi (1974) dengan judul ISABELLA. Pada tahun 1988, ia telah diterjemahkan didalam Bahasa Malaysia oleh sasterawan negara Abdullah Hussin.




Medina Mosque, Cordoba - source goole

Novel ini merupakan kajian perbandingan diantara agama Islam dan Kristian. Ia telah diolah didalam bentuk yang sangat menarik untuk dibaca. Banyak perdebatan di antara Isabella yang merupakan anak kepada Ketua Paderi yang menguasai Ilmu Teologi dengan Umar Lahmi yang mempunyai pengetahuan yang sangat mendalam tentang Al-Quran dan Kitab Injil. Kepetahan dan pengetahuan Umar berhujah dan mengemukakan fakta-fakta tentang Islam meninggalkan banyak keraguan dan persoalan didalam diri Isabella terhadap kepercayaan kepada agamanya.

Patio in Cordoba Picture source - google

Apabila Isabella bertemu dengan kebenaran, ia meninggalkan agamanya dan Islam adalah agama barunya. Banyak cabaran yang terpaksa dilalui oleh Isabella yang terpaksa berdepan dengan tentangan dan siksaan daripada ayahnya dan masyarakat kristian di Cordoba.

After finished reading this book, my personal view this book has taught me a lot of things and I realized there are so many things that I mustto explore and understand in order for me to become a better muslim. Insyallah.

Happy reading, till then toodles :-)

Wordless Sunday

sYdnEy lAKE/TaMaN BOtaNi TasIK PerDAna








Saturday, May 21, 2011

La Tahzan


Jangan bersedih semata-mata disebabkan anda berbeza dengan orang lain kerana setiap kejadian Allah itu ada kelebihan tersendiri dan anda juga ada kelebihan yang orang lain tidak miliki

Jangan bersedih bila disakiti, dicela, direndahkan atau dizalimi kerana setiap yang berlaku adalah dugaan yang maha esa dan Allah ingin bagi kita sesuatu dengan musibah itu

Jangan bersedih sesungguhnya sesudah kesusahan akan ada kemudahan, sesungguhnya setiap kesusahan itu akan ada kemudahannya

Jangan bersedih atas perilaku manusia terhadapmu tetapi ambillah pengajaran dari tingkahlaku mereka itu.

Grilled..Well Done



OMG..hahahaha..I had made chocolate chip grilled cookies..zamir kau jangan gelak2 durjana ok. Mom asked me to pre-heat the oven and I had accidentally or temporary memory lost of what my father had asked me not to touch the oven grilled button..dowh..I just turning my mom into an angry monster..mode.."kecut perut"..

sib baik tak kena pecat..kalau tak sure aku kena turun pangkat..and title seniour cookies helper kat dapur open for vacancy..hahahaha..shahirah and tena..ko jangan rampas kuasa....eeerr important lesson :be alert!

till then, toodles...xoxo

Wednesday, May 18, 2011

Who Moved My Cheese ?


Why I choose this book as my first blog entry?..This is the first book that mom and baba gave me when I started my college life. Moving out from my comfort zone leaves me with mixed of feelings. This books came to me just at the right time when I desperately need a motivation and inspiration on how to handle changes that took place in my life.

Author Dr. Spencer Johnson
Category : non-fiction

Who moved my cheese is a story about change that take place in Maze where four amusing characters look for "Cheese" - cheese being a metaphor for what we want to have in life, whether it is a job, a relationship, money, a big house, freedom, health, recognition, spiritual peace or even activity like jogging a golf - excerpt from the book.

In my humble opinion, this book is good as a motivational reading. I feel good after finished reading it.

till then, toodles xoxo