Tuesday, June 28, 2011

different people shapes the world better.



Hello, sunshine :)

Dunia ini penuh dengan pelbagai karenah manusia. Ada yang suka makan, tido (ehem..ehem...), shopping, traveling and etc. Pendek kata, semua ada bebeh! Hahaha. Pada aku, lagi banyak karenah manusia lagi bagus sebab aku boleh observe dan belajar. Serious. Kadang2 kelemahan dan kekurangan yang ada diri seseorang itu boleh dijadikan pengajaran dan merupakan refleksi pada aku. So, janganla suka nak mengata orang seolah2 anda itu perfect. (peringatan untuk diri sendiri).

Pernah x korang bayangkan kalau, semua orang pandai kat dunia ni. Nanti, sape nak jadi tukang sapu, tukang jahit, bibik. Mesti u-all2 semua tak nak kan. Sebab jatuhla standard kalau belajar tinggi2 tapi keje tukang sapu. Pendek kate, Allah menjadikan semua orang itu dengan kelebihan masing2. Ader yang pandai dan ader yang kurang pandai. So, janganla suka memandang rendah kat orang lain hanya semata2 kedudukan kau lagi tinggi dari diaorang. Islam menilai ketinggian darjat seseorang itu berdasarkan ketakwaan.

Konklusinya, berkawanla ngan semua orang. Setiap manusia itu punya kelebihan dan kekurangan yang tersendiri. Allah menciptakan manusia dengan pelbagai sifat, karenah untuk memberi peringatan antara satu sama lain. Maka, buangla jauh2 perasaan riak, bangga diri dan hidup mencari keredhaan manusia semata-mata.

Till then, toodles.

p/s : Apa yang aku tulis disini merupakan peringatan untuk diri aku sendiri. Takde kene mengena antara yang hidup ataupun yang sudah meninggal dunia. Maafkanla diri ini sekiranya terkasar bahasa.

No comments:

Post a Comment